petua-petua yang boleh dikongsi bersama
Sunday, August 9, 2009
1) Petua hidung bayi tersumbat:
Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garam itu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akan tidur nyenyak dan tidak meragam.
2) Kembung Perut atau Senudung:
Sirih dan pinang digunyah halus lalu disemburkan ke perut anak anda sambil membarutkannya. Ini diamalkan setiapmalam ketika anak itu masih kecil lagi.
3) Membuat Anak Cepat Bercakap Dan Pintar:
Jika anda memasak nasi, dan ketika nasi sudah mendidih, awda akan dapati air pada nasi itu menggelagak atau mendidih dan mengeluarkan seperti buih (buyah), cuba sudukan buih (buyah) yang sedang menggelagak atau mendidih itu dan suapkan kepada anak yang baru berusia 2 minggu atau sebulan
4) Menjauhkan Tikus:
Guntingkan daun pandan dan letakkan di tempat di mana tikus suka berkeliaran, ini akan membantu menjauhkan tikus kerana binatang tersebut tidak suka bau daun pandan.
5) Menjimatkan Lilin:
Sebelum lilin digunakan, rendam lilin tersebut di dalam air yang dicampur dengan garam sekurang-kurangnya selama 2 malam, kemudian lilin itu hendaklah dijemur hingga kering. Setelah kering bolehlah digunakan.
6) Selusuh Beranak:
Bagi melancarkan saat kelahiran atau selusuh bagi ibu-ibu yang baru saja mengandung anak pertama, orang-orang tuakita zaman dahulu mengamalkan meminum air rambut ketika mandi sepanjang tempoh penghamilan. Caranya ialah dengan mencuci rambut sehingga bersih dan air yang terakhir kita siramkan itu disambut sambil melurut dari rambut kita dan menyambutnya dengan tapak tangan, minumlah air tadi sebanyak 3 kali, berulang-ulang kita lakukan cara seperti tadi.
7) Ruam Lampin:
BAGAIMANA BERLAKU?
Ruam lampin adalah suatu reaksi yang berlaku pada kulit bayi akibat sentuhan kulit yang lama terhadap air kencing dan najis. Ini berlaku apabila bayi dibiarkan memakai lampin yang basah untuk jangka masa yang lama.
Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ruam lampin mudah terjadi ialah:
Geseran antara dua permukaan kulit yang basah.
Kesan enzim yang terdapat dalam najis merosakkan permukaan kulit.
PH air kencing dan najis yang tidak sesuai dengan permukaan kulit menyebabkan berlakunya reaksi kulit.
Apabila reaksi kulit berlaku, hilang keupayaan permukaan kulit sebagai pelindung–menyebabkan kerosakan bertambah teruk.
Bahagian kulit yang biasanya terlibat ialah pada bahagian punggung, di sekeliling kemaluan dan bahagian atas paha.
SIMPTOM
Antara simptom-simptom ruam lampin ialah:
- Bahagian kulit berwarna kemerah-merahan dan kadangkala berkuping haIus.
- Kulit berasa kasar dan gatal.
- Bagi ruam yang teruk, terdapat luka luka kecil pada kulit, terutama pada bahagian lipatan kulit. Ini menyebabkan bayi merasa sakit dan menangis pada setiap kali basah (membuang air).
Ruam lampin kerap kali dijangkiti oleh sejenis kuman kulat yang dipanggil Candida albican. Kulat ini biasanya terdapat di dalam najis bayi yang normal. Apabila berlaku jangkitan Candida pada ruam lampin, keadaan akan menjadi lebih teruk.
Lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah untuk mengelakkan ruam lampin.
Jangkitan Candida akan bergerak lebih mudah ke bahagian kulit lain, terutama di bahagian leher, celah ketiak, di kelilingpunggung dan adakala sampai ke muka. Jangkitan berlaku apabila bayi menggaru dari satu bahagian kulit ke bahagian kulityang lain. Kulat ini juga suka hidup di bahagian kulit yang berpeluh seperti di lipatan-lipatan kulit. Tanda-tanda yang kelihatan apabila ruam lampin dijangkiti Candida ialah warna kulit yang kemerahan dan berkilat di kelilingi oleh bintik-bintik kulit yang berkuping. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru dan merasa gelisah.
PENCEGAHAN
Ruam lampin boleh dicegah dengan menyapu krim pelindung pada punggung dan di sekeliling kemaluan bayi sewaktu menukarlampin. Antara krim pelindung ini termasuklah campuran yang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner dan calamine. Ibu dinasihatkan agar mengelakkan dari menggunakan seluar dalam plastik dan lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah. Lampin buatan baru yang lebih menyerap air adalah baik, tetapi harganya lebih mahal. Bagaimanapun, lampin jenis ini perlu diganti apabila permukaan kulit bayi didapati basah.
RAWATAN
Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah mengelakkan dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran. Seboleh bolehnya biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar. Krim yang sesuai digunakan pada masa ini ialah yang mengandungi Hydrocortisone (1-2%) yang disapu di bahagian terlibat dua atau tiga kali sehari. Jika terdapat jangkitan Candida, gunakan krim pembunuh kulat seperti Nystatin atau krim Miconazole yang disapu tiga kali sehari. Bayi yang kerap mengalami ruam lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius.
Elak ikan melekat ketika digoreng:
Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng. Selamat mencuba.
9) Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.
Puisi Buat Suami, Puisi Buat Isteri
Sunday, July 26, 2009
Puisi Buat Suami, Puisi Buat Isteri
Isteriku,
Jika engkau bumi,
Akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akansilauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu…..
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain…
Balasan Puisi Sang Isteri
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah…!!!
———————-
~ Just lawak saja, kah! kah!
Pembentukan anak kembar
Pembentukan anak kembar
Jika anda atau pasangan dilahirkan kembar maka peratusan untuk mendapat anak kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun bukan bermakna mereka yang tidak mempunyai keturunan kembar tidak berpeluang untuk mendapat anak kembar. Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari Allah SWT selain bantuan pelbagai teknologi perubatan yang semakin canggih. Pernahkah anda terfikir bagaimana kembar terjadi dan kedudukannya di dalam perut ibu. Biasanya wanita akan melahirkan seorang anak sahaja bagi setiap kehamilan. Namun, kadang-kadang ada wanita yang mengandung anak kembar. Terdapat tiga jenis anak kembar, iaitu anak kembar seiras, anak kembar tak seiras dan anak kembar siam. Mari lihat bagaimana pembentukan anak kembar terjadi.
1. Kembar seiras (Monozygotic)
Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.
2. Kembar tak seiras (Dizygotic)
Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Keduadua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasaldaripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.
3. Kembar siam
Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam. Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi.
alahan terhadap cmpa jejas kesihatan anak
Alahan terhadap CMPA jejas kesihatan anak
Pemberian susu ibu cegah, lewatkan masalah lazim dialami bayi apabila diberi susu lembu
IBU dan bakal ibu digalakkan menyusukan bayi dengan susu badan kerana ia adalah pilihan terbaik untuk bayi terutama yang mengalami masalah alahan protein susu lembu (CMPA).
Penyusuan dengan susu badan secara eksklusif pada usia empat hingga enam bulan pertama usia kehidupan bayi, didapati mampu mencegah bayi daripada mengalami sebarang alahan terhadap susu atau sekurang-kurangnya menunda masalah berkenaan daripada berlaku lebih awal.
Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Noor Aini Mohd Yusoff, berkata berbanding susu lembu, kandungan susu ibu yang kurang protein secara tidak langsung membantu mengurangkan alahan kepada bayi.
“Penyusuan susu badan secara eksklusif perlu dipertimbangkan terutama bayi yang mengalami CMPA. Ia memanjangkan tempoh bebas alahan berbanding bayi yang disusukan dalam tempoh singkat,” katanya ketika ditemui pada forum awam bertajuk Sama Dari Segi Prestasi – Pilihan untuk Kanak-kanak yang Mengalami CMPA, di ibu kota, baru-baru ini.
Forum disokong Abbott Nutrition itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai CMPA yang mengancam nyawa. Turut hadir menyampaikan ceramah, Perunding Kanak-Kanak, Dr Chin Wai Seong.
Bagaimanapun, Dr Noor Aini berkata, ibu yang memilih untuk menyusukan bayi yang mengalami CMPA dinasihatkan berhati-hati dengan diet. Begitu juga dengan bakal ibu yang pernah mempunyai sejarah diri dan keluarga yang mengalami alahan sama, perlu mengelakkan makanan cenderung menyebabkan alahan terutama apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga (tujuh hingga sembilan bulan).
“Sekiranya ibu makan makanan yang lazimnya menyebabkan alahan, makanan itu memasuki susu ibu dan menyebabkan timbul reaksi alahan kepada bayi. Justeru, ibu perlu mengelakkan makanan yang kerap kali menimbulkan alahan seperti ketam, telur, ikan (kod, kembung, sardin, tongkol), susu dan kacang,” katanya.
CMPA adalah antara alahan yang paling kerap ditemui di kalangan bayi dan kanak-kanak. Masalah itu berlaku sebaik saja bayi diberi susu lembu dan menghadapi reaksi alahan terhadap protein susu lembu.
Sebanyak 7.5 peratus bayi dan kanak-kanak alah kepada protein susu lembu. Bagaimanapun, 80 peratus akan bebas daripada alahan berkenaan apabila usia mencecah tiga tahun, manakala selebihnya mungkin kekal dengan alahan sepanjang hidup.
CMPA boleh berlaku jika ada di kalangan ahli keluarga yang pernah menghidapinya. Sekiranya kedua ibu bapa mempunyai alahan, bayi terdedah kepada 40 hingga 60 peratus risiko. Risiko lebih tinggi dialami iaitu antara 50 hingga 80 peratus jika kedua ibu bapa menunjukkan manifestasi yang sama.
Bagaimanapun, risiko masih tinggi iaitu 20 hingga 40 peratus seandainya hanya seorang ibu bapa mempunyai alahan. Risiko menurun kepada 5 hingga 15 peratus jika kedua ibu bapa bebas daripada sebarang alahan.
Bayi dan kanak-kanak memerlukan pelbagai khasiat pemakanan seperti protein dan kalsium untuk membesar dengan sihat. Kebanyakan khasiat itu diperoleh dalam susu terutama protein dan kalsium. Justeru, ibu perlu memastikan bayi mendapat semua khasiat ini.
“Seandainya ibu tidak dapat menyusukan bayi, pilihan terbaik adalah dengan memberikan susu formula berasaskan soya. Ia sesuai untuk bayi dan kanak-kanak CMPA, intoleransi laktosa, diet sayuran atau mengalami cirit-birit disebabkan bakteria atau jangkitan virus,” katanya.
Kajian AAPCON pada Januari 1998, mendapati protein soya berasaskan formula juga selamat dan alternatif berkesan dalam menyediakan khasiat pemakanan untuk tumbesaran normal.
Ada tiga jenis protein yang boleh dijadikan pilihan bagi menggantikan susu lembu iaitu susu rumusan soya, terhidrolisis dan protein berasaskan elemen asid amino.
“Soya dimaksudkan bukan air kacang soya biasa atau susu soya organik kerana khasiat pemakanannya yang tidak lengkap untuk tumbesaran bayi dan kanak-kanak,” katanya.
Sementara itu, Dr Chin, berkata CMPA adalah alahan makanan yang kerap dialami kanak-kanak. Kebanyakannya menunjukkan tanda dalam bulan pertama kehidupannya. Ada dua kategori gejala iaitu membabitkan sistem penghadaman dan paling kerap boleh dilihat pada kulit dan salur pernafasan. (sila lihat info)
“Gejala awal boleh dilihat secara tiba-tiba dalam tempoh 45 minit sebaik dihadam. Alahan peringkat pertengahan boleh dilihat 45 minit sehingga 20 jam dan akhir sekali, selepas 24 jam. Amat penting bagi ibu bapa mengenal pasti CMPA kerana ia tiada penawar dan mengganggu kualiti hidup.
“Kegagalan mengenal pasti gejala menyebabkan anak mengalami kurang berat badan dan gangguan kesihatan yang boleh mengancam nyawa seperti kemerosotan tiba-tiba tekanan darah, kegagalan sistem peredaran yang membawa kepada masalah anaphylaxis yang memberi kesan kepada seluruh tubuh seperti jantung, paru-paru dan salur darah,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Chin mengingatkan CMPA berbeza daripada intoleransi laktosa kerana berbanding CMPA, intoleransi laktosa berpunca daripada ketidakupayaan tubuh memecahkan gula dalam susu akibat kekurangan enzim diperlukan. Ia juga jarang berlaku ke atas bayi berbanding CMPA dan tidak mengancam nyawa.
“CMPA perlu dikawal bagi mengelakkan pelbagai masalah atopik lain seperti ekzema, alahan makanan, asma dan rhinitis. Pastikan bayi tidak diberikan susu lembu dan makanan yang mengandunginya.
“Apabila gejala hilang, ibu bapa boleh mula memperkenalkan susu lembu dan pastikan gejala tidak kelihatan. Biasanya 80 peratus CMPA hilang apabila bayi mencecah usia tiga tahun ke atas,” katanya.
INFO:
>Gejala CMPA-sistem penghadaman:
>Gejala CMPA-Kulit (paling kerap ditemui pada bayi):
>Gejala CMPA-Salur Pernafasan:
>Definisi CMPA:
Sejenis alahan makanan iaitu sistem ketahanan badan tersilap mengenal pasti protein susu lembu sebagai bahan yang berpotensi mencederakan tubuh. Oleh itu, sistem ketahanan tubuh merangsang reaksi alahan yang boleh dilihat pada kulit, salur pernafasan dan sistem penghadaman.
> Insiden CMPA:
TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK
Tuesday, July 21, 2009
![]() Buat ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran anak anda.. (thanks buat www.ratuhati.com) Tanda-tanda Hampir Bersalin ![]() ![]() ![]() Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. ![]() Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10. Kontraksi yang tetap dan berterusan Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu" Bila Perlu ke Hospital Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
| |
![]() | ![]() |
Diapers Dan Penjagaan Kebersihan
1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.
2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).
3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.
4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.
5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.
Sumber dipetik dari : "Penggunaan Diapers Kanak-kanak" ; kertas kerja yang dibentangkan dalam SEMINAR PENJAGAAN KANAK-KANAK DAN BAYI, 2002.
